ALLAH akan bawakan mereka yang mahu terima dakwah ini. Walaupun sedikit saja yang mahu mulanya, itu lebih baik. Asalkan mereka ikhlas mengamalkannya.
Jika tiada yang mengenali bagaimana?
ALLAH, para malaikat, dan makhluk-makhluk lain mengenali jauh lebih terkenal berbanding manusia.
Jika tiada yang memberi respons terhadap nasihat bagaimana?
ALLAH akan sentiasa beri pertolongan, jalan dan ilham untuk meneruskan dakwah.
Jika tiada yang akan mengenang sepertimana mereka mengenang dan menyanjung da'ie lain bagaimana?
Itu lebih baik. Hati akan terjaga. Berdakwah hanya kerana mengharapkan agama ini terbela. Hanya kerana mahukan keredhaan, keampunan dan cinta ALLAH. Hanya mahu melihat mereka berubah dan mendekati ALLAH, bukan mendekati saya. Hanya mahukan dunia ini kembali dikuasai oleh umat Islam yang teguh iman dan taqwanya.
Jika kosong hasil dakwah bagaimana?
ALLAH tidak lihat hasil, ALLAH lihat usaha dan keikhlasan...
0 ulasan:
Catat Ulasan